Hak Melawat Anak Dalam Jagaan Bekas Isteri

Thursday, January 28, 2010

S : Bolehkah isteri nusyuz tuntut harta sepencarian. Kemudian boleh tak suami mintak di mahkamah hak untuk melawat anaknya sebab bekas isteri tak beri ziarah anaknya..terima kasih.

J : al-fadhilah Ustazah Tengku Fatimah Muliana

Isteri berhak tuntut harta sepencarian. Dia cuma tidak berhak tuntut hak nafkah sepanjang nusyuz. Suami boleh minta hak melawat anak dan juga hak bermalam dengannya di mahkamah. Sekiranya kes dalam perbicaraan, boleh minta mahkamah keluarkan perintah sementara untuk tujuan tersebut.

Wallahualam.

Imam Makmum...sujud sahwi

Sunday, January 24, 2010

S : Imam lupa qunut, selepas tu dia beri salam tanpa sujud sahwi. Ada jemaah yang sujud sahwi, tiba-tiba ada sorang jemaah yang menegur, katanya batal sembahyang sebab tak ikut imam...betul ke ustaz?

J : al-fadhil Ustaz Talib Abd Rahman


Solatnya sah bahkan dalam mazhab Syafi'i disunatkan sujud sahwi bagi makmum jika imam terlupa untuk sujud sahwi.

Solat makmum terbatal jika imam sujud sahwi tetapi makmum enggan sujud sahwi dalam keadaan dia mengetahui kewajipan mengikuti imam. Tapi kalau dia jahil, solatnya tetap sah.

Wallahualam.

Mandi Wajib

S : "bleh terangkan pasal mandi wajib"

J : Sebab yang mewajibkan mandi ialah hadas besar iaitu dengan sebab :

1- persetubuhan sama ada keluar mani atau tidak
2- keluar air mani sama ada bersetubuh atau tidak
3- haid, nifas (darah setelah bersalin) dan wiladah (bersalin atau gugur)

selain dari itu wajib atas orang yang hidup memandikan jenazah saudaranya yang telah meninggal.

Perkara yang diharamkan ketika berhadas besar ialah :

1- solat
2- membaca al-quran dan membawanya
3- menyentuh al-quran
4- tawaf (ada perbahasan tertentu mengenai masalah wanita haid ketika mengerjakan haji)
5- iktikaf di masjid

Bagi wanita yang haid dan nifas ada tambahan :

1- puasa (wajib qada', solat haram diqada')
2- melalui masjid (jika dikhuatiri menitik darah)
3- bersetubuh

Cara Mandi :

1- Mengenakan air ke seluruh anggota badan termasuk rambut.
2- Niat mandi wajib ketika air kena di mana-mana anggota.

Hendaklah memastikan tiada najis atau benda-benda yang menghalang air dari terkena tubuh.

Antara perkara-perkara sunat dalam mandi wajib :

1- membaca basmalah
2- berwuduk
3- menggosok-gosok anggota badan
4- mendahulukan anggota yang kanan
5- menutup aurat

Ada pun menyentuh kemaluan ketika mandi ada dua pendapat tentang batal wuduknya. Sebaik-baiknya berwuduk untuk keluar daripada khilaf.

Sekian, wallahualam.

Baik dan Buruk Dari Siapa

Sunday, January 17, 2010

S : yg buruk itu dtg dr klmahan dr sndri"..& ada plak yg berkt mcm ni.."yg baik dr allah & yg bruk dr dr sndri tapi hakikatnya dr allah..yg mn st uer usz

J : Jawapan ini telah dibincangkan dengan YM Ustaz Engku Ibrahim bin Engku Wok Zin.

Kita wajib beriman dengan takdir Allah yang baik dan yang buruk sebagaimana hadis :
أن تؤمن بالقدر خيره وشره (riwayat Muslim rhm). Justeru, segala ketentuan Allah s.w.t. sama ada yang baik dan buruk adalah datang dari Allah s.w.t.

Namun, dalam masalah ini, ia adalah soal adab kita hamba Allah s.w.t. denganNya. Jika dengan Raja pun kita tak akan sebut benda-benda tak molek darinya seperti 'raja berak' sebagai misal kerana adab kepadanya meski pun ia benar, maka dengan Allah s.w.t. apatah lagi.

Hal ini dapat diperhalusi dalam firman Allah s.w.t. melalui lidah NabiNya Ibrahim a.s. :


Maknanya : dan apabila aku sakit Dialah yang menyembuhkanku.

sedangkan pada perbuatan Allah s.w.t. seperti makan dan minum, Nabi Ibrahim a.s. tidak menyebut apabila aku makan dan minum Dialah yang memberi...melainkan Nabi Ibrahim a.s. menyebut Dialah yang memberiku makan dan minum.

Di sini bukti bagaimana adab kita dengan Allah ditunjukkan. Sayugia kita beringat bahawa Nabi s.a.w. berakhlak dengan al-Quran sebagaimana hadis daripada Saydatina Aisyah r.ha. riwayat Muslim rhm.:

كان خلقه القرآن

Wallahualam.