Sapu Atas Balutan

Thursday, November 4, 2010

S : Apa hukum solat seorang yang accident dan dibalut kakinya? Macam mana nak wuduk?

J : Hukum solat tetap wajib. Berkenaan dengan balutan kakinya ia adalah duduk dalam hukum al-mashu 'ala al-jabirah. Sekiranya boleh dibasuh anggota kaki, maka ia jadi macam biasa. Kalau tak boleh seperti dalam keadaan tadi, maka :

1) Hendaklah membasuh baki anggota yang tidak dibalut.
2) Hendaklah menyapu air atas balutan.
3) bertayammum untuk menggantikan anggota yang tidak kena air.

Solat tersebut pula wajib diqada' sekiranya :

1) Masa membalut itu tidak suci dari hadas kecil atau hadas besar.
2) Anggota yang dibalut adalah anggot tayammum.
3) Balutan tersebut lebih dari kadar yang diperlukan.

Mengajar Quran Ketika Haid

Thursday, March 11, 2010

S : Seorang guru quran datang bulan, boleh tak dia mengajar Quran?

J : al-Fadhil Ustaz Tirmizi Taha

Boleh dia mengajar Quran dengan kaedah anak murid memperdengarkan bacaannya dan guru tadi menegur bacaan yang tersilap.

Wallahualam.

Perbelanjaan Dari Harta Pusaka

S : Seorang meninggal dunia dan meninggalkan 3 orang isteri beserta anak2 mereka. Dalam proses nak selesaikan harta pusaka ni, memakan masa. Boleh tak guna duit pusaka tu untuk memenuhi keperluan seharian mereka termasuk keperluan persekolahan anak?

J : Apabila seseorang meninggal dunia, maka harta pusakanya ada peruntukan untuk :

1- keperluan pengurusan jenazahnya
2- keperluan tanggungjawabnya yang belum ditunaikan seperti zakat, kaffarah dan lain2
3- keperluan pembayaran hutang piutangnya
4- keperluan wasiatnya jika ada dan tidak melebihi 1/3 daripada harta pusaka.

Selebihnya itu adalah harta yang perlu dibahagikan kepada ahli waris sebagaimana hukum faraid. Sekiranya proses tersebut memakan masa kerana keperluan2 yang tidak dapat dielakkan seperti proses perundangan, boleh menggunakan sebahagian harta peninggalan untuk keperluan2 yang mesti dilakukan dengan persetujuan semua ahli waris.

Sekiranya ada ahli waris yang tidak bersetuju, maka perbelanjaan tersebut mestilah direkodkan dan ditolak daripada pembahagian setelah proses faraid selesai dijalankan.

Wallahualam.

Bayar Zakat Sendiri

Tuesday, March 2, 2010

S : Bolehke saya bayar zakat harta tanpa melalui amil?

J : al-fadhil Ustaz Tirmizi Taha

Boleh membayar zakat tanpa melalui amil dengan membayarkan kepada paling tidak 3 orang atau lebih dalam satu asnaf atau 1 orang paling tidak bagi 3 asnaf.

Ini berdasarkan ayat 60 surah al-Taubah :

انما الصدقات للفقراء والمساكين والعاملين عليها والمؤلفة قلوبهم وفي الرقاب والغارمين وفي سبيل الله وابن السبيل... إلخ

Al-sadaqat ini didatangkan dengan lafaz jama' yakni lebih dari 2.

Wallahualam.

Uniform Seragam dan Aurat Muslimah

Sunday, February 28, 2010

S : assalamualaikum ust, saya ingin bertanya pendapat ust mengenai pemakaian wanita yang beruniform seperti polis dan kastam.Adakah pakaian sebegini menutup aurat?tudung dimasukkan kedalam baju dan bajunya longgar..minta ust tolong ulaskan dlm blog ust yer..

J : al-Fadhil Dr. Basri Ibrahim

Uniform polis sebagaimana yang dilihat di pakai di malaysia adalah menutup aurat, namun jika dilihat dari sudut kesempurnaan menutup aurat adalah masih kurang sempurna dari kaca mata islam, kerana berdasarakan ayat 30-31 daripada surah al-Nur penutupan aurat berlaku dengan sempurna apabila bahagian dada turut ditutup dengan kain tudung dan bukannya kain tudung dimasukkan ke dalam kot dan seumpamanya.Usaha perlu dipertingkatkan agar penutupan aurat yang sempurna dilakukan di kalangan anggota polis wanita kita. Sekian wasallam.

Wallahualam.

Serangan Berani Mati

Tuesday, February 23, 2010

S : orang yang buat serangan berani mati tu kat Iraq tu, boleh ke dihukumkan mati syahid? minta pandangan ustaz. Terima kasih.

J : Serangan Berani Mati diistilahkan sebagai amaliyyah fida'iyyah oleh sesetengah pihak seperti Pergerakan Fatah di Palestin. Tapi Hamas menggunakan istilah al-istisyhadiyyah kerana bertujuan menyerang dan mati syahid.

Metod kedua-dua serangan ialah meletupkan diri di tengah-tengah musuh. Diri sendiri akan terbunuh beserta dengan musuh-musuhnya. Namun, sama ada ia mati syahid atau mati mengorbankan dirinya semata-mata perlu dilihat kepada beberapa sudut.

Antaranya :

1- Niatnya ialah fi sabilillah dan bukan kerana hanya semata-mata demi negara atau membela kematian keluarga dan yang seumpamanya.
2- Serangan tersebut berlaku dalam negara yang diceroboh musuh seperti Palestin dan lain-lain.
3- Serangan tersebut adalah mensasarkan ke atas musuh-musuh yang menceroboh.
4- Serangan tersebut dilakukan kerana tiada cara lain lagi boleh digunakan untuk menyerang musuh.

Sekiranya serangan di Iraq itu menepati syarat-syarat tersebut,maka ia dianggap di sisi kita sebagai mendapat syahid. Jika tidak, maka mudah2an Allah mengampunkan dosa pelakunya sekiranya niatnya adalah untuk mendapatkan syahid. Mungkin pelakunya tersilap penilaian.

Wallahualam.

Hak Melawat Anak Dalam Jagaan Bekas Isteri

Thursday, January 28, 2010

S : Bolehkah isteri nusyuz tuntut harta sepencarian. Kemudian boleh tak suami mintak di mahkamah hak untuk melawat anaknya sebab bekas isteri tak beri ziarah anaknya..terima kasih.

J : al-fadhilah Ustazah Tengku Fatimah Muliana

Isteri berhak tuntut harta sepencarian. Dia cuma tidak berhak tuntut hak nafkah sepanjang nusyuz. Suami boleh minta hak melawat anak dan juga hak bermalam dengannya di mahkamah. Sekiranya kes dalam perbicaraan, boleh minta mahkamah keluarkan perintah sementara untuk tujuan tersebut.

Wallahualam.

Imam Makmum...sujud sahwi

Sunday, January 24, 2010

S : Imam lupa qunut, selepas tu dia beri salam tanpa sujud sahwi. Ada jemaah yang sujud sahwi, tiba-tiba ada sorang jemaah yang menegur, katanya batal sembahyang sebab tak ikut imam...betul ke ustaz?

J : al-fadhil Ustaz Talib Abd Rahman


Solatnya sah bahkan dalam mazhab Syafi'i disunatkan sujud sahwi bagi makmum jika imam terlupa untuk sujud sahwi.

Solat makmum terbatal jika imam sujud sahwi tetapi makmum enggan sujud sahwi dalam keadaan dia mengetahui kewajipan mengikuti imam. Tapi kalau dia jahil, solatnya tetap sah.

Wallahualam.

Mandi Wajib

S : "bleh terangkan pasal mandi wajib"

J : Sebab yang mewajibkan mandi ialah hadas besar iaitu dengan sebab :

1- persetubuhan sama ada keluar mani atau tidak
2- keluar air mani sama ada bersetubuh atau tidak
3- haid, nifas (darah setelah bersalin) dan wiladah (bersalin atau gugur)

selain dari itu wajib atas orang yang hidup memandikan jenazah saudaranya yang telah meninggal.

Perkara yang diharamkan ketika berhadas besar ialah :

1- solat
2- membaca al-quran dan membawanya
3- menyentuh al-quran
4- tawaf (ada perbahasan tertentu mengenai masalah wanita haid ketika mengerjakan haji)
5- iktikaf di masjid

Bagi wanita yang haid dan nifas ada tambahan :

1- puasa (wajib qada', solat haram diqada')
2- melalui masjid (jika dikhuatiri menitik darah)
3- bersetubuh

Cara Mandi :

1- Mengenakan air ke seluruh anggota badan termasuk rambut.
2- Niat mandi wajib ketika air kena di mana-mana anggota.

Hendaklah memastikan tiada najis atau benda-benda yang menghalang air dari terkena tubuh.

Antara perkara-perkara sunat dalam mandi wajib :

1- membaca basmalah
2- berwuduk
3- menggosok-gosok anggota badan
4- mendahulukan anggota yang kanan
5- menutup aurat

Ada pun menyentuh kemaluan ketika mandi ada dua pendapat tentang batal wuduknya. Sebaik-baiknya berwuduk untuk keluar daripada khilaf.

Sekian, wallahualam.

Baik dan Buruk Dari Siapa

Sunday, January 17, 2010

S : yg buruk itu dtg dr klmahan dr sndri"..& ada plak yg berkt mcm ni.."yg baik dr allah & yg bruk dr dr sndri tapi hakikatnya dr allah..yg mn st uer usz

J : Jawapan ini telah dibincangkan dengan YM Ustaz Engku Ibrahim bin Engku Wok Zin.

Kita wajib beriman dengan takdir Allah yang baik dan yang buruk sebagaimana hadis :
أن تؤمن بالقدر خيره وشره (riwayat Muslim rhm). Justeru, segala ketentuan Allah s.w.t. sama ada yang baik dan buruk adalah datang dari Allah s.w.t.

Namun, dalam masalah ini, ia adalah soal adab kita hamba Allah s.w.t. denganNya. Jika dengan Raja pun kita tak akan sebut benda-benda tak molek darinya seperti 'raja berak' sebagai misal kerana adab kepadanya meski pun ia benar, maka dengan Allah s.w.t. apatah lagi.

Hal ini dapat diperhalusi dalam firman Allah s.w.t. melalui lidah NabiNya Ibrahim a.s. :


Maknanya : dan apabila aku sakit Dialah yang menyembuhkanku.

sedangkan pada perbuatan Allah s.w.t. seperti makan dan minum, Nabi Ibrahim a.s. tidak menyebut apabila aku makan dan minum Dialah yang memberi...melainkan Nabi Ibrahim a.s. menyebut Dialah yang memberiku makan dan minum.

Di sini bukti bagaimana adab kita dengan Allah ditunjukkan. Sayugia kita beringat bahawa Nabi s.a.w. berakhlak dengan al-Quran sebagaimana hadis daripada Saydatina Aisyah r.ha. riwayat Muslim rhm.:

كان خلقه القرآن

Wallahualam.