S : Seorang lelaki, kahwin dengan seorang wanita, kemudian bercerai. Selepas itu, lelaki tadi kahwin dengan wanita yang lain dan dapat anak. Soalannya, batal tak wuduk anak tadi dengan bekas isterinya?
J : al-fadhil Ustaz Tirmizi Taha
Secara ringkasnya, berikut ialah mereka yang batal wuduk atau dikira bukan mahram bagi seorang lelaki berdasarkan kepada hubungan perkahwinan tiri.
1) anak perempuan ayah tiri
2) cucu tiri
3) ibu mertua tiri bapa
4) isteri anak tiri
5) isteri ayah tiri
Dalam soalan tadi, anak tiri tersebut tidak batal wuduk dengan bekas isteri ayahnya. Ini kerana, apabila seorang bapa sudah 'menyentuh' seorang wanita yang menjadi isterinya, maka keturunannya hingga ke bawah haram ke atas wanita tadi.
Wallahualam.
Penyusun
Sebarang kemusykilan dan persoalan boleh dikemukakan di ruangan Pesanan atau email kepada : anaskusza@gmail.com
Ia akan dirujuk kepada pensyarah-pensyarah FKI UDM Kampus KUSZA yang berotoriti dalam bidang masing-masing.
Mohon maaf jika ada kekurangan. Selamat mengambil istifadah dari laman ini.
Sekian, wa shukran.
Singkatan Huruf
I : Isu
M : Masalah
K : Kisah
J : Jawapan
U : Ulasan
F : Fikrah
Labels
- al-Targhib (1)
- Aqidah (1)
- Falak (1)
- Hukum Adab (2)
- Hukum Aqiqah (2)
- Hukum Aurat (kaki) (1)
- Hukum Aurat (Muslimah dan Kafir) (1)
- Hukum Aurat (rambut) (2)
- Hukum Aurat (uniform) (1)
- Hukum Bersuci (3)
- Hukum Haid/Istihadah (1)
- Hukum Haji (1)
- Hukum Jenazah (3)
- Hukum Jihad (1)
- Hukum Membaca Quran (1)
- Hukum Nifas (1)
- Hukum Perceraian (1)
- Hukum Perkahwinan (3)
- Hukum Puasa (3)
- Hukum Pusaka (1)
- Hukum Qada' (solat) (1)
- Hukum Quran (1)
- Hukum Solat (4)
- Hukum Solat (Batal) (1)
- Hukum Sujud Sahwi (1)
- Hukum Tabarruj (1)
- Hukum Zakat (3)
Kerabat
Pesanan
Anak Tiri dan Janda Ayahnya
Tuesday, December 15, 2009Posted by al-dandarawi anas at 1:11 PM 0 comments
Labels: Hukum Perkahwinan
Aurat Wanita Muslimah Dengan Kafirah
Friday, December 11, 2009S : Aurat pmpuan Islam dgn pmpuan bkn Islam mstilah mnjg sm dgn mnjga dgn lelaki..mcm mn kalu kt dah knl ltr blkg pmpun bkn islm tu dn thu ltr blkg prmpn bkn islam tu..mknanya kt knl rpt dan dia pon thu kt org islam..kn jg aurt sm mcm dgn llki gak er?
J : Dalam mazhab kita Syafi'i, ada dua qaul yang boleh dirumuskan di sini. Pendapat yang أصح ialah haram seorang kafirah sama ada zimmi atau pun tidak melihat aurat seorang muslimah. Justeru, wajiblah seorang muslimah menutup auratnya (selain muka dan tapak tangan) sebagaimana apabila berhadapan dengan seorang lelaki ajnabi.
Ini kerana kalimah نسائهن dalam ayat (...ولا يبدين زينتهن)kerana merupakan takhsis kepada muslimah. Begitu juga dengan apa yang diriwayatkan daripada Saidina Umar r.a. yang menegah orang kafirah daripada memasuki bilik air bersama muslimah.
Juga kerana ada kemungkinan kafirah ini akan menceritakan kepada suaminya atau kawan lelakinya yang kafir tentang aurat wanita muslimah.
Pendapat مقابل الأصح menyatakan, tidak haram seorang kafirah melihat aurat muslimah kerana jantina yang sama.
Ulama Syafi'i ada mentarjihkan pendapat ini dengan menyatakan yang أصح ialah harus seorang kafirah melihat aurat muslimah yang biasa menurut adat kebiasaan dilihat untuk keperluan semasa bekerja atau melakukan kerja rumahtangga dan ini dikatakan pendapat yang muktamad.
Untuk rujukan lanjut, sila lihat Nihayah al-Muhtaj dan Mughni al-Muhtaj. Wallahualam.
***
الأصح - pendapat pengikut Imam Syafi'i yang lebih kuat
مقابل الأصح - pendapat pengikut Imam Syafi'i yang kuat
Posted by al-dandarawi anas at 8:08 AM 2 comments
Labels: Hukum Aurat (Muslimah dan Kafir)
Pemberian Daging Aqiqah kepada Orang Kafir
Thursday, November 26, 2009S : Saya nak buat majlis aqiqah. Boleh tak saya jemput kawan-kawan pejabat saya yang bukan Islam ke majlis tersebut? Terima kasih.
J : Pemberian daging aqiqah kepada orang kafir adalah haram di sisi mazhab kita Shafi'i. Begitu juga dengan dengan korban.
Menjemput ke majlis aqiqah tidak salah, cuma dari sudut daging tersebut hendaklah dipastikan tidak dari daging yang dibuat aqiqah. Sekiranya mereka memakan juga daging tersebut, hendaklah diganti dengan daging lain dengan kadar yang sama.
Wallahualam.
Posted by al-dandarawi anas at 10:39 AM 0 comments
Labels: Hukum Aqiqah
Dua Bahagian Aqiqah
S : Utz, kalau seseorang nak aqiqah anak lelaki dia, boleh tak satu bahagian dari seekor lembu dan satu lagi dari lembu yang lain?
J : Boleh melakukan aqiqah satu bahagian daripada seekor lembu dan satu bahagian lain dari lembu yang lain kerana tidak disyaratkan untuk mesti dua bahagian itu dari seekor lembu.
Begitu juga sekiranya aqiqah satu bahagian itu dilakukan pada tahun ini dan satu lagi bahagian pada tahun yang lain.
Melakukan aqiqah dengan satu bahagian sahaja atau seekor kambing untuk anak lelaki telah memadai untuk mendapatkan sunat aqiqah. Namun, dua bahagian atau dua ekor itu adalah terlebih afdhal.
Wallahualam.
Posted by al-dandarawi anas at 10:31 AM 0 comments
Labels: Hukum Aqiqah
Biaya Haji, Isteri atau Ibu
Tuesday, November 17, 2009S : Seorang ibu yang tidak mampu menunaikan ibadah haji mempunyai seorang anak lelaki. Anak lelaki tersebut membawa dan membiayai sepenuhnya isterinya untuk mengerjakan ibadah haji dan si ibu tadi merasa sungguh terkilan dengan anak lelaki tersebut kerana beliau (si ibu) tahu yang dia tidak akan mampu pergi menunaikan ibadah haji tanpa pembiayaan anaknya...Anak lelakinya itu telah mengutamakan isterinya dan si ibu
merasa kecewa.
J : al-Fadhil Ustaz Jamalluddin Hashim
Isu ni pernah ditanya oleh seorang peserta dalam salah satu muzakarah haji peringkat kebangsaan. Maka yang menjawabnya itu ialah Almarhum Tuan Haji Muhammad Shith, salah seorang bekas penasihat hukum Tabung Haji. Beliau menjawab isu ini secara spontan. Beliau mengatakan bahawa seorang suami tidak wajib menanggung perbelanjaan haji isterinya kerana ianya tidak termasuk dalam kewajipan nafkah suami terhadap isterinya.
Manakala pembiayaan nafkah ibu/bapa yang memerlukan menjadi kewajipan anak bila si anak tersebut mampu. Maka di sini, beliau mengatakan membawa ibu mengerjakan haji adalah lebih diutamakan daripada membawa isteri. Pada hari kedua muzakarah haji tersebut, salah seorang lagi bekas penasihat hukum TH, Sahibul Samahah Syeikh Abdul Majid (bekas mufti Kedah)mengesahkan jawapan Tuan Haji Mohd Shith tersebut dengan membawa hujjah2 drp kitab al-Majmuk.
Posted by al-dandarawi anas at 10:34 AM 0 comments
Labels: Hukum Haji
Kosmetik Daripada Emas
Monday, November 9, 2009S : Ust, apa hukum pakai kosmetik yang ada emas 24K macam Safi Rania Gold. Boleh ke atau macam susuk?
J : al-Fadhil Dr. Basri Ibrahim
Secara umum, emas dihalalkan buat wanita walaupun dalam bentuk alat solek dengan syarat ia bukan najis dan tidak memudaratkan.
Wallahualam.
Posted by al-dandarawi anas at 2:09 PM 0 comments
Labels: Hukum Tabarruj
Wakil Zakat ke Sekolah
S : Sebuah institusi menyumbangkan zakat syarikatnya ke sebuah sekolah. Masalahnya : ada pelajar miskin yang adik-beradiknya sampai 4 orang, semua dapat ke?
J : al-Fadhil Ustaz Talib Abdul Rahman
Sekiranya sekolah rendah, maka pelajar tersebut tidak berhak mendapat zakat. Sebaliknya walinya yang berhak. Dalam hal ini, maka adik-beradik tersebut di bawah tanggungan wali dan dan wali yang berhak mendapat zakat tersebut tanpa mengambil kira adik-beradik tadi.
Sekiranya sekolah menengah atau dalam erti kata yang lain sudah baligh, maka keempat adik-beradik tadi berhak mendapat zakat kerana dikira mustaqil atau terpisah disebabkan seorang yang baligh sudah tidak duduk di bawah tanggungan wali.
Wallahualam.
Posted by al-dandarawi anas at 2:01 PM 0 comments
Labels: Hukum Zakat
Aurat Kaki Wanita
Sunday, November 8, 2009S : Apakah aurat kaki wanita sebab saya tengok ada wanita yang berjubah tapi tak pakai stokin. ada ustzah bagitau saya kaki wanita tu aurat sebab tu kena tutup waktu sembahyang. Harap utz dpt jelaskan.
J : al-Fadhilah Ustazah Syh. Noorul Madihah Binti Syed Husin
Jumhur ulama' dari kalangan ulama' malikiyyah, syafiiyyah dan hanabilah mengatakan kaki wanita adalah termasuk dalam batasan aurat wanita ketika berhadapan dengan ajnabi.namun bagi pandangan mazhab hanafi, kaki wanita bukan termasuk aurat.
Maka dari pandangan jumhur (termasuk pandangan muktamad mazhab syafie), pemakaian stokin, atau sarung kaki (yang tidak nipis)adalah wajib bagi memenuhi keperluan penutupan aurat.
Dalil utama pandangan ini adalah :
1) surah nur : ayat 31 = ولا يبدين زينتهن إلا ما ظهر منها. pentafsiran "ما
ظهر منها" dalam ayat ini hanyalah termasuk muka dan tapak tangan...ini
bermakna semua badan wanita adalah aurat melainkan muka dan tapak tangan
sahaja.
2)hadis dari Ibn Umar yang menceritakan ttg Rasulullah melarang kaum
muslimin melabuhkan pakaian kerana sombong dan bongkak.apabila ummu
salamah menanyakan Rasulullah bagaimana pula dengan wanita...adakah turut
dilarang...nabi menerangkan bagi wanita, mereka diharuskan melabuhkannya
(demi menjaga aurat wanita iaitu seluruh kakinya)
wallahu a'lam
Posted by al-dandarawi anas at 3:13 PM 0 comments
Labels: Hukum Aurat (kaki)
Lendir Sesudah Haid Berhenti
Saturday, October 17, 2009S : Saya datang haid pada 29 hb, pada 5 hb haid saya masih berhenti. Saya mandi wajib dan bersolat seperti biasa. Tiba2 kesokan harinya ada lendir kuning yang keluar. Lusa dah tak ada. Dikira istihadhah atau macamana? Harap utz beri penjelasan.
J : al-fadhil Ustaz Tirmizi Taha
kaedah pengiraan haid :
1-sekurang2 haid 1 hari 1 malam ( haid keluar tanpa henti ). atau 24 jam
sama berterusan atau terputus2.
2-tidak melebihi 15 hari 15 malam .
3-darah yang keluar berwarna haid iaitu hitam, merah ( tua atau muda )
kining, keruh dan warna tanah.
Contoh ( darah yang keluar bukan haid ):
1-keluar darah selama 10 hari. setiap hari 2 jam. maka haid kerana tidak
cukup 24 jam.
2-keluar darah selama 16 hari=x haid kerana melepasi sebanyak2 haid.
Contoh haid :
keluar darah 14 hari.
berbalik soalan di atas lendir yang kuning itu di sisi kebanyakan fuqaha' adalah bukan haid kerana ia berlendir bukan seperti darah.adapun darah yang keluar sblm itu maka ianya adalah haid.
wallahu a'lam.
Ada beberapa permasalahan haid mesti dilihat kembali iaitu hukum haid yg berdasarkan adat atau cuaca setempat. yang ini memerlukan kepada kajian lapangan untuk disesuaikan dengan wanita malaysia. contohnya seawal2nya perempuan berhaid 9 tahun. ini berdasarkan kajian LAPANGAN oleh Imam Shafei di Hijaz. bukan bersandarkan nas. persoalannya adakah dapatan imam Shafei itu sama dengan wanita di Malaysia. Kajian tersebut sedang dijalankan..
Posted by al-dandarawi anas at 12:52 PM 0 comments
Labels: Hukum Haid/Istihadah
Gambar Pengurusan Jenazah
Thursday, October 15, 2009S : AJK masjid kami nak papar poster pengurusan jenazah yang ada gambar real jenazah dan orang-orang yang mengurus jenazah tersebut. Tapi ada hamba Allah yang melarang kerana dia kata haram. Apa hukumnya gantung poster tersebut?
J : Sahibus Samahah Timbalan Mufti Terengganu, Ustaz Abdul Halim Awang
Ia diharuskan kerana tujuan ta'lim atau pendidikan. Tiada masalah. Wallahualam.
Posted by al-dandarawi anas at 2:25 PM 0 comments
Labels: Hukum Jenazah
Blogku
-
Point Break (2015)11 years ago
-
Tetamu Allah15 years ago
-
Kubah Emas…sebelahnya MASJID AL_AQSA16 years ago

