Uniform Seragam dan Aurat Muslimah

Sunday, February 28, 2010

S : assalamualaikum ust, saya ingin bertanya pendapat ust mengenai pemakaian wanita yang beruniform seperti polis dan kastam.Adakah pakaian sebegini menutup aurat?tudung dimasukkan kedalam baju dan bajunya longgar..minta ust tolong ulaskan dlm blog ust yer..

J : al-Fadhil Dr. Basri Ibrahim

Uniform polis sebagaimana yang dilihat di pakai di malaysia adalah menutup aurat, namun jika dilihat dari sudut kesempurnaan menutup aurat adalah masih kurang sempurna dari kaca mata islam, kerana berdasarakan ayat 30-31 daripada surah al-Nur penutupan aurat berlaku dengan sempurna apabila bahagian dada turut ditutup dengan kain tudung dan bukannya kain tudung dimasukkan ke dalam kot dan seumpamanya.Usaha perlu dipertingkatkan agar penutupan aurat yang sempurna dilakukan di kalangan anggota polis wanita kita. Sekian wasallam.

Wallahualam.

6 comments:

ummu faqeh said...

jazakumullahu khairan kathiro ya ustaz..
namun ust sekiranya terpaksa memakai juga pemakaian tersebut, bagaimanakah caranya..atau terpaksa dikorbankan kerjaya tersebut ust?mohon penjelasan lagi al fadhil ust..

salam kemabara dari bumi jordan..

salam,
setelah berbincang dengan beberapa orang sahabat, dirumuskan bahawa pemakaian pasukan seragam kita belum menepati kehendak syarak secara SEMPURNA, namun ia bukanlah tak tutup langsung kerana syarat :
1- menutupi anggota melainkan muka dan tapak tangan telah dipenuhi.(/)
2- selain dari itu hendaklah longgar (tidak cekik di pinggang atau punggung misalnya)(-)
3- tidak nipis (/)
4- tidak menjolok mata menarik perhatian (/)
5- bukan pakaian khas untuk lelaki (/)
ketidak sempurnaan itu adalah masalah jilbab, iaitu satu lapis kain yang menutupi pakaian yang biasa. itulah yang disebut oleh ibn Abbas ra, al-Qurtubi, al-razi, al-Tabari, ibn kathir dll.
dalam masalah berhenti kerja, ia bukanlah satu keputusan yang mutlak melainkan kena tengok fiqh waqi'(situasi) dan awlawiyyat (keutamaan). keperluan kepada anggota polis wanita memang ada dalam skop yang tertentu, kemudian sila timbangkan awlawiyyatnya berdasarkan kepada maslahah. jika telah bersuami, minta izin suami, jika tiada masalah apa2 untuk berhenti, lakukanlah. jika tidak, kekal dalam kerja itu dan berusaha memenuhi tuntutan menutup aurat sedaya mungkin dan sentiasa beristighfar atas kekurangan2.
inshaAllah, dengan tadarruj pakaian seragam muslimah kita akan menjadi lebih sempurna pada masa akan datang. begitu juga dengan pakaian muslimah kita semua.
wallahualam.

ummu faqeh said...

alhamdulillah..sekali lagi ana ucapkan syukran jazilan atas penjelasan yang panjang lebar ini..SEMOGA KITA SEMUA DIBERKATI ALLAH DUNIA AKHIRAT,amin...

Amin! ana kutip buah hasil para ulama, ana sendiri tak punya apa2, hanya menyampaikan. Terima kasih atas isu yang diutarakan.

ummu faqeh said...

Mohon salinan untuk diletakkan di blog ana untuk perkongsian bersama yang lain.

silakan, hakcipta milik Allah...

Post a Comment