Sapu Atas Balutan

Thursday, November 4, 2010

S : Apa hukum solat seorang yang accident dan dibalut kakinya? Macam mana nak wuduk?

J : Hukum solat tetap wajib. Berkenaan dengan balutan kakinya ia adalah duduk dalam hukum al-mashu 'ala al-jabirah. Sekiranya boleh dibasuh anggota kaki, maka ia jadi macam biasa. Kalau tak boleh seperti dalam keadaan tadi, maka :

1) Hendaklah membasuh baki anggota yang tidak dibalut.
2) Hendaklah menyapu air atas balutan.
3) bertayammum untuk menggantikan anggota yang tidak kena air.

Solat tersebut pula wajib diqada' sekiranya :

1) Masa membalut itu tidak suci dari hadas kecil atau hadas besar.
2) Anggota yang dibalut adalah anggot tayammum.
3) Balutan tersebut lebih dari kadar yang diperlukan.

2 comments:

SuRuR MuHKaMaT said...

salam. lpas berwudhuk dgn air, lpas 2 bertayamum untk ganti tempat yg x terkena air??

untuk yg qadha plak, kena ambik wudhuk bsuh kwasan wudhuk dulu sbelum membalut? mcm mana klau darah msih mengalir, ambik wudhuk n balut?

tayammum boleh ikut tertib iaitu kalau sampai giliran kepala contohnya maka bertayammum. atau sempurnakan wuduk dengan sapuan atas balutan dan kemudian bertayammum.
cuba hentikan pendarahan seberapa boleh dan berwuduk, sekiranya masih lagi keluar, wuduk tersebut sah dan selepas itu tertakluk kepada hukum sapu atas balutan dan tak perlu qada'.
demikianlah hukum dalam mazhab kita. wallahualam.

Post a Comment